Tuesday, December 9, 2014

BAB 8: DUNIA MELALUI DERIA KITA

8.1 ORGAN DERIA DAN FUNGSINYA

1 Organ deria membolehkan organisma mengesan den bergerak balas ter­hadap perubahan alam sekeliling.

2 Deria-deria manusia, organ-organ deria den jenis rangsangan disena­raikan dalam Jadual 8.1.

Deria

Organ deria

Jenis Rangsangan

Sentuh

Kulit

Sentuhan,tekanan, sakit,panas

Bau

Hidung

Bahan kimia

Rasa

Lidah

Bahan kimia

Pendengaran

Telinga

Bunyi

Penglihatan

Mata

Cahaya

Jadual 8.1 Deria-deria manusia, organ­-organ deria dan jenis rangsangan

Gerak Balas terhadap Rangsangan

1 Apabila organ deria menerima rangsangan, maklumat dalam bentuk impuls saraf akan dihantar ke otak.

2 Otak akan mentafsirkan makumat yang diterima den suatu gerak balas yang wajar akan diputuskan melalui otot den organ.

3 Laluan impuls saraf daripada rangsangan kepada gerak balas ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

4 Efektor merupakan organ atau tisu yang melaksanakan gerak balas terhadap rangsangan.

clip_image002

8.2 DERIA SENTUH

1 Kulit ialah organ deria sentuh. Kulit mempunyai reseptor-reseptor yang boleh mengesan den bergerak balas terhadap panas, sejuk, sakit den tekanan.

2 Rajah 8.2 menunjukkan keratan rentas kulit manusia.

clip_image004

3. Epidermis merupakan lapisan perlindungan kulit yang terluar. Lapisan ini menghalang mikroorgan­isma daripada memasuki badan dan bersifat kalis air.

4 Dermis merupakan lapisan kulit yang terdalam. Kelenjar peluh, kapilari darah dan kebanyakan hujung saraf (reseptor sentuh) boleh dijumpai di sini.

5 Lapisan lemak merupakan lapisan tisu lemak yang terletak di bahagian bawah kulit. Lapisan ini berfungsi sebagai lapisan penebat untuk menjaga kepanasan badan.

6 Kulit bahagian badan yang berlainan mempunyai darjah kepekaan yang berlainan.

7 Kepekaan kulit bergantung kepada:

(a) Ketebalan lapisan epidermis

(b) Bilangan reseptor yang hadir

8 Kulit pada bahagian hujung jari tangan, muka dan leher lebih peka berbanding dengan kulit pada baha­gian tangan, kaki dan punggung.

8.3 DERIA BAU

1 Hidung ialah organ deria bau.

2 Rajah 8.3 menunjukkan keratan rentas hidung manusia dan kedudukan reseptor-reseptor bau.

clip_image006

3 Rajah 8.4 menunjukkan cirri-­ciri penyesuaian khas hidung manusia.

4 Laluan pengesanan bau ditunjuk­kan dalam Rajah 8.5.

5 Kepekaan hidung bergantung kepada kuantiti mukus dalam rongga hidung.

clip_image008

6 Sekiranya terlalu banyak mukus dihasilkan, contohnya apabila seseorang menghidap selesema, hidung menjadi kurang peka kepada bau. Lapisan mukus yang tebal menghalang bahan kimia melarut dan merang­sang reseptor.

7 Sekiranya rongga hidung terlalu kering, hidung juga menjadi kurang peka.

8 Bebulu halus di dalam rongga hidung memerangkap habuk dan kotoran dalam udara untuk memastikan bahawa udara yang bersih sahaja memasuki peparu.

8.4 DERIA RASA

1 Lidah merupakan organ deria rasa.

2 Rajah 8.6 menunjukkan kawasan lidah manusia yang peka kepada rasa.

clip_image010

3 Lidah mempunyai reseptor untuk mengesan rasa manis, masin, masam dan pahit.

4 Bonggol halus pada permukaan lidah dikenali sebagai tunas rasa.

5 Setiap tunas rasa mengandungi reseptor rasa yang peka kepada satu jenis rasa sahaja.

air liur.

7 Makanan yang terlarut merangsang reseptor rasa.

8 Laluan pengesanan rasa ditunjuk­kan dalam Rajah 8.7.

9 Deria rasa dipengaruhi oleh deria bau dan deria penglihatan.

8.5 DERIA PENDENGARAN

1 Telinga ialah organ deria pendengaran.

2 Telinga manusia terbahagi kepada tiga bahagian:

(a) Telinga luar - mengandungi udara

(b) Telinga tengah - mengandungi udara

(c) Telinga dalam - mengandungi cecair

3 Rajah 8.8 menunjukkan keratan rentas telinga manusia.

clip_image012

4 Jadual 1.3 menyenaraikan bahagian­bahagian tehnga dan fungsi-fungsinya.

5 Laluan bunyi dalam mekanisme pendengaran ditunjukkan dalam Rajah 8.7.

clip_image014

Bahagian

Fungsi

Telinga luar

Cuping telinga

Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke dalam salur telinga

Salur telinga

Menyalurkan gelombang bunyi ke gegendang telinga

Telinga

tengah

Gegendang

telinga-

Bergetar apabila gelombang bunyi diterima dan memindahkan getaran getaran kepada osikel

telinga

Osikel telinga

Menguatkan getaran dan memindahkannya

kepada jendela bujur

Jendela bujur

Menghantar getaran-getaran dari osikel telinga ke telinga dalam

Tiub Eustachio

Mengimbangkan tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga

Telinga dalam

Koklea

Menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf

Saraf auditori

Menghantar impuls ke otak untuk ditafsir

Salur separuh

bulat

Membantu mengawal keseimbangan badan

clip_image016

6 Salur separuh bulat dan tiub Eustachio tidak terlibat dalam mekanisme pendengaran. Kedua­dua bahagian ini penting untuk mengekalkan imbangan badan.

8.6 DERIA PENGLIHATAN

1 Mata ialah organ deria penglihatan dan sangat peka kepada rangsangan cahaya.

2 Mata terdiri daripada tiga lapisan utama, iaitu sklera (lapisan luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan dalam).

3 Rajah 8.10 menunjukkan keratan rentas mata manusia.

4 Jadual 8.3 menyenaraikan bahagian-­bahagian mata manusia dan fungsi-fungsinya.

5 Laluan yang dilalui cahaya dalam mata ditunjukkan dalam Rajah 8.11.

clip_image018

Bahagian

Fungsi

Sklera

Melindungi bola mata dan mengekalkan bentuk bulatbola mata

Koroid

Mengandungi kapilari darah yang membekalkan makanan dan

kepada oksigen mata. Juga mengandungi pigmen hitam yang mengelakkan

pantulan cahaya

Retina

Lapisan bersel-sel peka cahaya (fotoreseptor) yang menerima cahaya dan rangsangan membentuk imej. Menukarkan rangsangan impuls cahaya kepada saraf

Bintik kuning

(fovea)

Bahagian retina yang paling peka kepada cahaya. Menukarkan rangsangan cahaya kepada impuls saraf

Bintik buta

Bahagian retina letaknya saraf optik. Bahagian ini tidak peka kepada cahaya

Konjuktiva

Membran lutsinaryang melindungi kornea

Kornea

Lapisan luar sklera yang lutsinar. Membenarkan cahaya memasuki mata

Iris

Bahagian koroid berwarna yang mengawal saiz pupil dan jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata

Pupil

(anak mata)

Bukaan kecil mata tempat cahaya memasuki mata

Kanta mata

Membengkok dan memfokuskan cahaya untuk membentuk imej pada Retina

Ligamen penggantung

Menyokong dan memegang kanta mata pada tempatnya

Jasad silium

Mengecut dan mengendur untuk mengawal ketebalan kanta dan

seterusnya panjang fokus kanta. Membolehkan kanta memfokuskan

secaradekatdanjauh imej

Gelemai

Cecair dalam mata yang membantu mengekalkan bentuk bola mata dan

juga membantu memfokuskan imej pada retina

Gelemaca

Bendalir pekat berupa jell yang membantu mengekalkan bentuk bola mata.

Juga membantu memfokuskan imej pada retina

Saraf optik

Menghantar impuls saraf dari retina ke otak

clip_image020

6 Imej yang dibentukkan pada retina adalah nyata, lebih kecil daripada objek clan berkedudukan songsang.

Otak mentafsirkan imej seperti sebagaimana kita `melihat' objek itu secara tegak (Rajah 8.12).

clip_image022

8.7 CAHAYA DAN PENGLIHATAN

Pantulan Cahaya

1 Apabila sinar cahaya mengenai sesuatu permukaan, sinar cahaya akan menukar arah pergerakan dan terpantul (Rajah 8.13).

clip_image024

2 Sinar tuju ialah sinar cahaya yang jatuh ke atas suatu permukaan.

3 Sinar pantulan ialah sinar cahaya Yang melantun dari suatu permukaan.

4 Hukum pantulan menyatakan bahawa sudut tuju adalah sama dengan sudut pantulan.

5 Normal ialah garis khayalan yang tegak lurus dengan permukaan tempat sinar cahaya mengenainya.

6 Pantulan sekata berlaku apabila sinar cahaya selari mengenai suatu permukaan yang licin dan seragam (Rajah 8.14(a)).

clip_image026

sinar cahaya selari mengenai suatu per mukaan Yang kasar (Rajah 8.14(b)).

clip_image028

8 Objek yang menggunakan prinsip pantulan cahaya adalah seperti kaleidoskop, cermin dan periskop.

Pembiasan Cahaya

1 Apabila cahaya merambat dari sate medium ke medium lain yang berlainan ketumpatan, cahaya melentur dan dibiaskan.

2 Hal ini berlaku kerana kelajuan cahaya bergantung kepada ketum­patan medium. Cahaya bergerak dengan lebih pantas dalam medium yang kurang tumpat. Cahaya her­gerak dengan lebih perlahan dalam medium yang lebih tumpat.

3 Apabila cahaya bergerak dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat, cahaya terbias menjauhi normal (Rajah 8.15 (a)).

clip_image030

Yang Kurang tumpat ke medium yang lebih tumpat, cahaya terbias mendekatinormal (Rajah 8.15 (b)).

5 Beberapa fenomena hasil daripada pembiasan cahaya adalah seperti:

(a) Sudu kelihatan bengkok di

dalam segelas air.

(b) Bintang-bintang kelihatan lebih tinggi daripada kedudukan sebenarnya di langit.

(c) Kolam renang kelihatan lebih cetek daripada kedalaman sebenarnya.

Kecacatan Penglihatan

1 Untuk penglihatan normal, imej yang jelas dan tajam terbentuk pada retina.

2 Keadaan seseorang itu tidak dapat melihat dinamakan kebutaan.

3 Kmacatan Pen$lihatan yang biasa ber­laku seperti rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisme menyebabkan imej yang kabur terbentuk pada retina.

4 Jadual 8.4 menyenaraikan punca, gejala dan cara pembetulan untuk rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisme.

clip_image032

Ilusi optik

I Ilusi optik berlaku apabila otak tersalah mentafsir sesuatu imej.

2 Imej yang dilihat berbeza daripada objek yang sebenarnya.

3 Dalam ilusi optik, impuls yang di­hantar ke otak terganggu. Gangguan tersebut boleh disebabkan oleh objek itu sendiri atau keadaan di sekeliling objek.

4 Kedua-dua anak panah dalam Rajah 8.16 sama panjang. Namun begitu, Anak panah A kelihatan lebih pendek.

clip_image034

Bintik buta

1. Bintik buta merupakan satu kawasan pada retina yang tidak dapat mengesan imej kerana ketiadaan fotoreseptor di situ.

2 Bintik buta hanya boleh dikesan oleh sebelah mata sahaja pada sesuatu masa.

3 Untuk mengesahkan kewujudan bintik buta, pegang sekeping kad yang ditandai satu bulatan dan satu segi tiga berjarak 5 cm di antaranya. Tutup, mata kiri anda dan lihat pada bulatim dengan mata kanan sementara anda halakan kad ke arah muka anda. Segi tiga akan lenyap pada sesuatu jarak. Hal ini terjadi kerana imej segi tiga terbentuk pada bintik buta.

clip_image036

Penglihatan Stereoskopik dan Monokular

Jadual 8.5 membandingkan penglihatan stereoskopik dan monokular.

clip_image038

Alat yang Membantu Mengatasi Had Penglihatan

Jadual 8.6 menyenaraikan alat-alat yang membantu mengatasi had penglihatan.

1. kanta pembesar

2.teleskop

3. mikroskop

8.8 BUNYI DAN PENDENGARAN

1 Bunyi ialah suatu bentuk tenaga yang dihasilkan melalui getaran sesuatu objek.

2 Apabila sesuatu objek bergetar, tenaga kinetik akan ditukar kepada tenaga bunyi.

3 Bunyi wujud dalam bentuk gelombang yang memerlukan sesuatu medium untuk bergerak melaluinya

4 Bunyi bergerak paling cepat melalui pepejal, diikuti oleh cecair dan paling lambat melalui udara.

5 Objek yang keras dan licin memantulkan bunyi.

6 Bunyi yang terpantul dinamakan gema.

7 Gema berlaku di dalam gua, terowong dan dewan tertutup yang tiada langsir atau permaidani (atau apa-apa permukaan lembut).

8 Pengesanan gema berguna dalam:

(a) Menentukan lokasi kumpulan ikan di laut

(b) Menentukan kedalaman laut

(c) Memeriksa fetus wanita hamil melalui imbasan ultrabunyi

(d) Menerokai petroleum laut dalam

(e) Mengesan halangan dan menen­tukan lokasi mangsa bagi kelawar dan ikan lumba-lumba

9 Permukaan lembut menyerap bunyi. Kecacatan Pendengaran

1 Ketidakmampuan seseorang itu untuk mendengar dipanggf kepekakan.

2 Antara punca umum kepekakan ialah:

(a) Pelakuran osikel

(b) Osikel tidak dapat bergetar

(c) Kecederaan pada gegendang telinga (seperti koyakan pada gegendang telinga)

(d) Bunyi kuat yang mencederakan bahagian telinga

(e) Kerosakan koklea akibat penyakit atau perubatan tertentu

3 Sesetengah jenis kepekakan boleh dibetulkan dengan pembedahan.

4 Alat bantu Pendengaran membantu orang yang menghadapi masalah pendengaran dengan menguatkan bunyi.

Had Pendengaran

1 Manusia hanya dapat mengesan bunyi dalam lingkungan frekuensi 20 Hz sehingga 20 000 Hz.

2. Semakin tua seseorang, pendengaran­nya menjadi semakin kurang peka. Hal ini disebabkan gegendang telinga sudah kehilangan sifat keanjalannya dan tidak dapat bergetar sebaik dulu.

Had pendengaran Alat

Tidak dapat mendengar bunyi yang lembut Stateskop

Tidak dapat mendengar bunyi yang jauh Mikrofon, pembesar suara

Tidak dapat mendengar bunyi yang normal Alat bantu pendengaran

 

3 Jadual 8.7 menyenaraikan alat-alas yang membantu mengatasi had pendengaran.

Pendengaran Stereofonik .

1 Pendengaran stereofonik ialah kemampuan untuk mendengar dengan kedua-dua belah telinga.

2 Pendengaran stereofonik penting untuk menentukan arah dan sumber bunyi.

3 Telinga yang lebih dekat dengan sumber bunyi akan menerima bunyi terdahulu. Bunyi yang diterima juga lebih kuat.

4 Otak akan mentafsirkan perbezaannya dan mengenal pasti sumber bunyi.

5 Pendengaran stereofonik memboleh­kan mangsa dan pemangsa untuk mengesan lokasi masing-masing.

8.9 RANGSANGAN DAN GERAK BALAS DALAM TUMBUHAN

1 Gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan biasanya lambat dan kurang ketara jika dibandingkan dengan gerak balas haiwan.

2 Tumbuhan menunjukkan dua jenis gerak balas terhadap rangsangan, iaitu gerakan tropisme dan nasti.

3 Tropisme ialah gerak balas tum­buhan terhadap rangsangan dengan tumbuh ke arch atau menjauhi rangsangan.

4 Apabila tumbuhan tumbuh ke arch rangsangan, gerak balas ini dikenali sebagai tropisme positif.

5 Apabila tumbuhan tumbuh men­jauhi rangsangan, gerak balas ini dikenali sebagai tropisme negatif.

6 Fototropisme ialah gerak balas tumbuhan terhadap cahaya. Pucuk tumbuhan menunjukkan fototro­pisme positif. Akar tumbuhan menunjukkan fototropisme negatif.

7 Geotropisme ialah gerak balas tumbuhan terhadap graviti. Akar menunjukkan geotropisme positif. Pucuk menunjukkan geotropisme negatif.

8 Hydrotropisme ialah gerak balas tumbuhan terhadap air. Akar menunjukkan hydrotropisme positif. Pucuk menunjukkan hydrotropisme negatif.

Eksperimen :

8.1 Tujuan : Gerak balas pucuk terhadap cahaya

Pemyataan masalah

Untuk mengkaji gerak balas pucuk

Bagaimanakah pucuk bergerak balas terhadap cahaya terhadap cahaya?

Pucuk bertumbuh ke arah cahaya.

Pemboleh ubah

(a) Yang dimanipulasikan:Arah cahaya

(b) Yang bergerak balas: Arah per­tumbuhan Pucuk

(c) Yang dimalarkan: Kehadiran air dan cahaya, jenis kacang hijau yang bercambah

Radas

Bikar, mentol, kotak dengan satu lubang disatu sisinya

Bahan

Kacang hijau yang bercambah, kapas, air

Prosedur

clip_image040

'"NCI u I,ri i urbeuidredn sepersi yang ditunjukkan dalam Rajah 8.18;

2 Pucuk d'iperhatikan selepas empat hari.

Pemerhatian

clip_image042

Perbincangan

1 Pucuk dalam Set K tumbuh tegak ke atas.

2 Pucuk dalam Set L membengkok ke arah lubang di sisikotak.

3 Dalam kedua-dua situasi ini, Pucuk bertumbuh ke arah cahaya. Kesimpulan

Pucuk menunjukkan fototropisme positif.

4;EKSKRIMEN 82 , Gerak balas Pucuk dan akar terhadap graviti

Tujuan

Untuk mengkaji gerak balas Pucuk dan akar terhadap graviti Pernyataan masalah Bagaimanakah Pucuk dan akar bergerak balas terhadap graviti? Hipotesis

Pucuk tumbuh ke arah yang bertentangan dengan arah tarikan graviti manakala akar bertumbuh ke arah tarikan graviti.

Pemboleh ubah

(a) Yang dimanipulasikan: Orientasi anak benih

(b) Yang bergerak balas: Arah pertum­buhan Pucuk dan akar anak benih (c) Yang dimalarkan: Kehadiran air, ketiadaan cahaya, jenis kacang

Radas Piring petri Bahan Kacang hijau yang bercambah, kapas, pita selofan, plastisin, kotak, air Prosedur

1 Tiga anak benih yang mempunyai radikel dan plumul lurus diletakkan di dalam Airing petri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.21.

clip_image044

2 Pining petri dan anak-anak benih disimpan di dalam almaa yang gelap selama empat had. Kemudian, pemerhatian dicatatkan.

clip_image046

Perbincangan

1 Semua pucuk tumbuh tegak ke atas manakala semua akar ber­tumbuh ke bawah.

2 Pucuk tumbuh dalam arah yang bertentangan dengan arah tarikan graviti.

3 Akar tumbuh ke arah tarikan graviti.

Kesimpulan

Akar menunjukkan geotropisme positif manakala pucuk menunjuk­kan geotropisme negatif.

clip_image048

1 Akar dalam Set P tumbuh melengkung ke atas ke arah kapas lembab.

2 Akar dalam Set Q tumbuh ke bawah ke arah air.

9 Tigmotropisme ialah gerak balas tumbuhan terhadap sentuhan atau apabila bersentuh dengan objek: pejal.

10 Tumbuhan yang mempunyai batang lembut (seperti timun, kacang panjang, bunga kembang pagi, dsb) bergantung kepada tigmotropisme untuk mendapatkan cahaya mata­hari yang secukupnya (Rajah 8.24).

clip_image050

11 Batang atau sulur paut pokok tersebut melingkari objek lain untuk mendapatkan sokongan.

12 Semua gerak balas tropisme kekal dan tidak boleh berpatah balik.

13 Gerakan nasti ialah gerak balas sebahagian tumbuhan terhadap rangsangan, gerakan tumbuhan tidak bergantung kepada arah rangsangan.

14 Gerakan nasti berlaku lebih cepat daripada tropisme dan gerak balas ini tidak kekal.

15 Tumbuhan mimosa clan perangkap lalat Venus menunjukkan gerakan nasti.

ncarmPUIan

1 Akar menunjukkan hidrotropisme positif.

2 Gerak balas akar terhadap air lebih kuat daripada gerak balas akar terhadap graviti.

16 Daun-daun mimosa tertutup dengan serta-merta apabila disentuh. Selepas beberapa ketika, daun-daunnya akan terbuka semula.

clip_image052

17 Perangkap lalat Venus mempunyai struktur khas yang menutup dan memerangkap serangga yang menghinggapinya.

clip_image054

18 Gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan penting untuk mem­bantu tumbuhan mendapatkan keperluan asasnya.

19 Gerakan nasti mimosa membantu melindungi dirinya.

20 Gerakan nasti perangkap lalat Venus membantunya mendapat­kan nutrien tambahan.

No comments: