3.1 APAKAH JIRIM?
1 Jirim ialah sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
2 Contoh jirim ialah udara, air, tanah, batu, semua benda hidup dan benda bukan hidup.
3 Contoh bukan jirim ialah cahaya, bunyi, tenaga, graviti dan daya.
4 Jirim mempunyai berat (disebabkan oleh jisim) dan isipadu (kerana jirim memenuhi ruang).
Udara mempunyai jisim
1 Apabila Belon B dicucuk, pembaris
mencondong ke bawah ke arah Belon A.
2 Udara terlepas dari Belon B menjadikannya lebih ringan.
3 Hal ini menunjukkan udara mempunyai jisim.
Udara memenuhi ruang,
1 Apabila pili air dibuka, belon mengembang.
2 Air di dalam kelalang mengambil isi padu udara. Udara dipaksa ke dalam belon
3 Hal ini menunjukkan udara memenuhi ruang.
3.2 KEADAAN JIRIM
Contoh:
Ais. Air- Wap air/Stim
(Pepejal) (Cecair) (Gas)
Teori kinetik jirim menyatakan bahawa semua jirim terdiri daripada zarah-zarah yang kecil dan diskrit.
Zarah-zarah sentiasa bergerak dan mempunyai tenaga kinetik. Susunan zarah-zarah pepejal, cecair dan gas adalah berbeza.
1 Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.
Susunan zarah-zarah dalam jirim
Pergerakan Zarah dalam jirim
1 Zarah-zarah pepejal bergetar pada kedudukan tetap, zarah-zarah cecair bergerak dengan perlahan dan zarah-zarah gas bergerak dengan pantas dalam semua arah.
2 Zarah-zarah cecair dan gas bergerak secara rawak dalam semua arah. HaI ini kerana zarah-zarah cecair dan gas menghentam zarah-zarah lain dalam pergerakannya.
3 Pergerakan rawak yang disebabkan oleh perlanggaran zarah dengan zarahzarah lain dikenah sebagai Gerakan Brown.
3.3 KETUMPATAN
1 Ketumpatan suatu bahan boleh didefinisikan sebagai jisim per unit isi padu bahan tersebut.
2 Oleh itu, kebolehan bahan/objek untuk terapung atau tenggelam bergantung kepada jisim dan isi padunya.
3 Ketumpatan bahan boleh dikira dengan menggunakan formula yang berikut:
4 Ketumpatan diukur dalam unit g/cm3 atau g cm-3.
5 Sesuatu objek/cecair yang berketumpatan rendah akan terapung atas cecair yang berketumpatan tinggi.
6 Sesuatu objek/cecair yang berketumpatan tinggi akan tenggelam dalam cecair yang berketumpatan rendah.
7 Ketumpatan air tulen ialah 1.0 g/cm3.
8 Petrol (berketumpatan 0.7 g/cm3) terapung atas air.
10 Meningkatkan isi padu sesuatu objek atau bahan akan menyebabkan ketumpatannya berkurang.
11 Segumpal plastisin yang tenggelam dalam air boleh diapungkan di atas air dengan mengubah bentuknya menjadi seperti sebuah mangkuk atau bot.
12 Belon udara panas boleh mengapung ke udara kerana udara panas di dalam belon mengembang clan menjadi kurang tumpat daripada udara sejuk di sekeliling.
13 Walaupun sebuah blok besi tenggelam dalam air, kapal yang diperbuat daripada besi boleh mengapung. Hal ini kerana terdapat ruang besar di dalam kapal yang berisi udara. Justeru, kapal mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada air.
APLIKASI CIRI-CIRI JIRIM
1 Jirim yang berbeza mempunyai ciri-ciri berguna yang berlainan kepada manusia.
2 Pepejal yang keras dan kuat seperti besi, keluli, konkrit dan kayu digunakan untuk membina bangunan, jambatan, perabot dan kenderaan.
3 Cecair logam clan plastik boleh dibentuk menjadi pelbagai bentuk yang berguna sebelum menjadi keras.
4 Gas-gas (contohnya gas memasak,
oksigen, karbon dioksida clan nitrogen) boleh disimpan di dalam silinder atau tangki sebagai gas termampat atau cecair gas.
5 Gas dimampatkan atau dijadikan cecair untuk:
(a) menjimatkan ruang
(b) memudahkan pengangkutan
(c) mengurangkan kos pengangkutan
6 Ketumpatan kayu yang kurang daripada air membolehkan kayu balak diapungkan ke hilir sungai sehingga ke kilang papan atau jalan raya.
7 Ketumpatan udara yang kurang daripada air membolehkan pelampung yang berisi udara digunakan untuk membantu orang mangapung.
8 Kapal selam boleh tenggelam di bawah permukaan air dengan meningkatkan jisim tanpa mengubah isi padunya.
9 Air laut dipam ke dalam tangki balast untuk meningkatkan jisimnya (oleh itu, ketumpatannya bertambah).
10 Kapal selam boleh naik ke permukaan air dengan mengurangkan jisimnya.
11 Air laut dipam keluar dari tangki balast untuk mengurangkan jisimnya (oleh itu, ketumpatannya berkurang).
No comments:
Post a Comment