Tuesday, December 9, 2014

BAB 4 ­KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMI

 

4.1PELBAGAI SUMBER DI BUMI

Sumber-sumber di Bumi

1 Sumber-sumber Bumi memainkan peranan penting dalam mengekal­kan kehidupan.

2 Terdapat pelbagai sumber Bumi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.

Udara, Bahan api fosil

Air, Benda hidup,

Tanah dan Mineral

Rajah 4.1 Sumber-sumber Bumi

3 Udara terdiri terutamanya daripada nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas nadir dan wap air. Beberapa kepentingan udara termasuklah:

(a) Oksigen diperlukan untuk pernafasan, pembakaran dan penguraian.

(b) Karbon dioksida diperlukan oleh tumbuhan untuk menja­lankan fotosintesis bagi membuat makanan.

(c) Nitrogen boleh ditukar men­jadi sebatian nitrogen dalam tanah oleh bakteria atau melalui petir sebagai nutrien tumbuh-tumbuhan.

4 Air meliputi lebih daripada 70% per­mukaan Bumi. Bumi penting:

(a) sebagai pelarut universal kerana kebolehannya dalam melarutkan kebanyakan bahan

(b) sebagai medium pengangku­tan untuk nutrien clan bahan buangan benda-benda hidup

(c) untuk menyejukkan tumbuhan clan haiwan pada musim panas melalui penyejatan

(d) untuk fotosintesis pada tum­buhan hijau

5 Tanah merupakan lapisan darat teratas. Tanah terbentuk apabila batu ­batuan pecah hasil perubahan iklim. Haiwan dan tumbuhan mati dan mereput menghasilkan humus. Tanah penting:

(a) untuk memegang akar tum­buhan sebagai sokongan dan untuk menyimpan nutrien

(b) untuk pertanian dalam meng­hasilkan tanaman

(c) sebagai habitat kepada kebanyakan organisma

6 Mineral ialah unsur atau sebatian yang wujud secara semula jadi di dalam kerak Bumi. Mineral penting kerana pelbagai logam yang berguna diekstrak daripada bijih-bijih mineral. Logam ialah bahan mentah untuk bangunan, jambatan, kenderaan, alat-alat dapur, komponen elektrik dan bahan pembungkusan.

7 Bahan api fosil seperti arang, petroleum clan gas asli terbentuk daripada organisma yang telah mati berjuta-juta tahun dahulu. Bahan api fosil ialah sumber tenaga bagi stesen kuasa (untuk menghasilkan tenaga elektrik), kenderaan dan mesin-mesin dalam industri.

8 Benda-benda hidup seperti haiwan dan tumbuhan penting sebagai sumber makanan, bahan pakaian, bangunan dan perabot, sumber bahan api dan perubatan.

4.2 UNSUR, SEBATIAN DAN CAMPURAN

1 Sumber-sumber bumi merupakan jirim yang wujud dalam tiga bentuk, iaitu unsur, sebatian dan campuran.

clip_image002

2 Jirim terdiri daripada zarah-zarah sama ada atom atau molekul.

3 Atom ialah unit teringkas sesuatu jirim.

4 Molekul ialah sekumpulan atom yang terikat bersama oleh ikatan kimia pada nisbah yang tetap.

clip_image004

5 Atom-atom dalam molekul mungkin daripada jenis yang sama atau berlainan.

Unsur(element)

1 Suatu unsur hanya mengandungi satu jenis atom.

2 Unsur mungkin wujud sebagai atom atau molekul daripada atom yang sama jenis.

3 Unsur tidak boleh dipisahkan kepada jirim yang lebih ringkas melalui kaedah fizikal atau kimia.

clip_image006

Pengelasan Unsur sebagai Logam atau Bukan logam

1 Unsur boleh dikelaskan kepada logam atau bukan logam.

2 Semua logam ialah pepejal pada suhu bilik kecuali merkuri.

3 Bukan logam boleh wujud dalam keadaan pepejal, cecair atau gas pada suhu bilik.

4 Jadual 4.1 menunjukkan contoh-contoh logam dan bukan logam. Jadua14.1 Contoh-contoh logam dan bukan logam

Keadaan

Logam

Bukan logam

Pepejal

Magnesium, timah, kuprum, emas, nikel

Sulfur, iodin, karbon, silikon

Cecair

Merkuri

Bromin

Gas

 

Nitrogen, hidrogen, klorin,

clip_image008

Sebatian

1 Sebatian terbentuk daripada dua atau lebih unsur yang bergabung secara kimia pada nisbah yang tetap.

2 Zarah yang terkecil dalam suatu sebatian ialah molekul.

3 Sebatian hanya boleh dipisahkan kepada unsur-unsurnya melalui kaedah kimia seperti elektrolisis.

4 Contoh-contoh sebatian ialah air, karbon dioksida, ammonia, kalium klorida, hidrogen klorida dan metana.

clip_image010

Campuran

1 Campuran dibentuk daripada dua atau lebih unsur dan/atau sebatian yang tidak digabungkan secara kimia.

2 Komponen-komponen dalam campuran tidak mengikut nisbah yang tetap.

3 Campuran boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah fizikal seperti menggunakan ayak, magnet atau penuras.

4 Contoh-contoh campuran dan komponennya ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3 Contoh-contoh campuran

Campuran

Komponen

Air

Pelbagai gas (oksigen,

karbon dioksida, clan

sebagainya)

Cuka

Asid etanoik, air

Keluli

Besi, karbon

Tanah

Mineral, humus, air dan udara

Air laut

Air, pelbagai garam

galian

clip_image012

Pemisahan Campuran

1 Kaedah-kaedah yang digunakan untuk memisahkan komponen dalam suatu campuran bergantung pada ciri-ciri komponen itu.

2 Jadual 4.5 menyenaraikan beberapa kaedah yang digunakan untuk memisahkan komponen.

clip_image014

4.3KEPENTINGAN KEPELBAGAIAN SUMBER SUMBER BUMI KEPADA MANUSIA

1 Manusia mempunyai keperluan yang berbeza dan memerlukan pelbagai sumber untuk memenuhi keperluan asas.

2 Sebagai contoh, air digunakan untuk mengairi tanaman, memasak, men cuci dan membersih.

Kepentingan Kepelbagaian Sumbersumber Bumi

clip_image016

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber-sumber Bumi

1 Sumber-sumber semula jadi boleh dibahagikan kepada sumber yang boleh diperbaharu dan tidak boleh diperbaharu.

2 Sumber yang boleh diperbaharu ialah sumber yang boleh diganti clan tidak akan habis. Contohnya tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

3 Sumber yang tidak boleh diperba­haru ialah sumber yang tidak boleh diganti dan akan habis seperti bahan api fosil dan bijih mineral. Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharu sangat penting.

4 Pemeliharaan ialah pengekalan sumber-sumber semula jadi dalam keadaannya yang semula jadi.

5 Pemuliharaan ialah penggunaan dan pengurusan sumber-sumber semula jadi dengan berhati-hati untuk mengelakkan pembaziran, kehilangan atau kerosakan.

6 Contoh pemuliharaan ialah mengu­rangkan pembaziran air dengan menggunakan air secara bijak.

7 Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan ialah:

(a) Untuk memastikan kita mempun­yai udara bersih untuk bernafas

(b) Untuk memastikan kita mem­punyai air bersih untuk minuman dan mencuci

(c) Untuk memastikan tanah adalah subur agar tumbuhan boleh tumbuh dengan sihat

(d) Untuk mengelakkan kepupusan tumbuhan dan haiwan

(e) Untuk mengurangkan kehabisan mineral dan bahan api fosil

Kitar Semula dan Penggunaan Semula

1 Kitar semula melibatkan pem­prosesan bahan buangan untuk memperoleh bahan-bahan berguna yang boleh diubah bentuk menjadi benda baru. Contoh bahan yang boleh dikitar semula seperti logam (tin timah), kaca (botol), kertas (kadbod, surat khabar).

2 Penggunaan semula ialah mengguna­kan bahan buangan tanpa sebarang pemprosesan. Benda terpakai boleh digunakan dengan fungsi asalnya atau dengan fungsi yang baru. Contoh penggunaan semula ialah:

(a) Kita boleh menggunakan semula kertas yang hanya digunakan pada sebelah muka sahaja untuk catatan nota atau lukisan.

(b) Tayar lama boleh digunakan sebagai bampar bot atau untuk membina batu karang buatan.

(c) Botol air mineral boleh diguna­kan semula untuk mengisi air minuman.

No comments: