5.1KOMPOSISI UDARA
Apakah itu Udara?
1 Udara ialah lapisan gas yang dikenali sebagai atmosfera yang mengelilingi Bumi.
2 Udara tiada rasa, bau dan warna. Kita tidak boleh melihat udara tetapi kita boleh merasainya apabila udara bergerak.
Komposisi Udara
1 Udara terdiri daripada campuran gas, wap air, habuk dan mikroorganisma. Jadual 5.1 Komposisi udara dan peratusannya
2 Udara dikelaskan sebagai campuran kerana:
(a) komponen-komponennya boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah fizikal
(b) setiap komponen mengekalkan ciri-ciri tersendiri
(c) tiada perubahan tenaga apabila komponen-komponen dicampurkan
(d) nisbah kandungan campuran sentiasa berubah
Peratusan Oksigen dalam Udara Aktiviti dalam Rajah 5.1 menunjukkan bahawa oksigen dihabiskan dalam pembakaran lilin:
(a) Paras air dalam selindernder naik lebih kurang satu per lima bahagian silinder untuk mengisi tempat kosong asal yang diambil oleh oksigen.
(b) Hal ini menunjukkan bahawa oksigen membentuk atau 20% daripada kandungan udara.
Kehadiran Wap Air, Mikroorganisma dan Habuk dalam Udara
Jadual 5.2 Menunjukkan kehadiran wan air. mikrooroanisma dan habuk dalam udara
5.2 CIRI-CIRI OKSIGEN DAN KARBON DIOKSIDA
Jadual 5.3 Ciri-ciri oksigen don karbon dioksida
Ciri-ciri | Oksigen | Karbon dioksida |
Bau, rasa dan warna | Tiada bau, rasa dan warna | Tiada bau, rasa dan warna |
Keterlarutan dalam air | Larut sedikit | Larut sedikit |
Tindak balas dengan larutan natrium hidroksida | Tidak larut | Sangat larut |
Kesan terhadap kayu uji bernyala | Terbakar dengan lebih kuat (membantu pembakaran) | Terpadam (tidak membantu pembakaran) |
Kesan terhadap kayu uji berbara | Terbakar (membantu pembakaran) | Terpadam (tidak membantu pembakaran) |
Kesan pada air kapur | Tiada kesan | Menjadi keruh |
Kesan terhadap penunjuk hid rogen karbonat | Tiada kesan | Menu karkan warna daripada merah kepada kuning (bersifat asid) |
Kesan terhadap kertas litmus lembap | Tiada kesan terhadap kertas litmus biru atau merah (bersifat neutral) | Menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah (bersifat asid) |
5.3 Respirasi
1 Respirasi dilakukan oleh semua benda hidup. Proses ini berlaku.di dalam sel-sel.
2 Respirasi membekalkan tenaga untuk menjalankan semua proses hidup seperti pertumbuhan dan pergerakan.
3 Semasa respirasi, oksigen diambil masuk dari udara untuk mengoksidakan atau membakar makanan (glukosa) dalam sel-sel.
4 Pengoksidaan glukosa membebaskan karbon dioksida, wap dan dan tenaga , yang merupakan produk respirasi.
Berikut merumuskan proses respirasi:
Glukosa + oksigen à karbon dioksida + air + tenaga
Udara Sedutan dan Udara Hembusan
1 Pada manusia, peparu mengambil oksigen dan membebaskan karbon dioksida.
2 Udara sedutan ialah udara yang disedut ke dalam peparu kita apabila kita menarik nafas. Udara sedutan sama dengan udara di sekeliling kita.
3 Udara hembusan ialah udara yang disingkirkan dari peparu kita apabda kita menghembus nafas.
4 Udara hembusan dikumpulkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5.
5 Komposisi udara sedutan dan udara hembusan adalah berbeza (Jadual 5.4),
5.4 OKSIGEN DAN PEMBAKARAN
Pembakaran
1 Pembakaran ialah proses kimia yang berlaku apabila suatu bahan (bahan api) dibakar dalam udara dan menghasilkan haba dan cahaya. Bahan baru terhasil daripada proses tersebut.
2 Oksigen dan haba mesti hadir dalam pembakaran bahan api.
3 Pembakaran adalah berbeza daripada respirasi kerana pembakaran berlaku di luar sel manakala respirasi berlaku di dalam sel.
4 Oksigen, haba dan bahan api diperlukan untuk pembakaran.
5 Keperluan oksigen dalam pembakaran ditunjukkan oleh radas yang disediakan dalam Rajah 5.6.
(a) Lilin dalam Balang A menyal; dengan paling lama diikuti ole[ lilin dalam Balang B dan C.
(b) Bekas yang lebih besar mengan dungi kandungan oksigen yan lebih tinggi.
(c) Semakin besar sesuatu bekas semakin lama tempoh pembakaran.
Produk Pembakaran
1 Produk pembakaran bergantun kepada jenis bahan api yang dibakar
2 Bahan api karbon yang mengandungi karbon sahaja terbakar untuk menghasilkan karbon dioksida Contoh bahan api karbon ialah arang dan arang batu.
Karbon + oksigen à karbon dioksida + haba + cahaya
3 Bahan api hidrokarbon yang mengandungi karbon dan hidrogen ter bakar untuk menghasilkan karbon dioksida dan air. Contoh bahan api hidrokarbon ialah kerosin, diesel petrol, gas asli, alkohol dan eter.
Hidrokarbon + oksigen à karbon dioksida + air + haba + rahaya
4 Produk pembakaran bagi bahan api yang berlainan boleh ditunjukkan melalui radas dalam Rajah 5.7.
(a) Semasa pembakaran arang atau kerosin, air kapur menjadi keruh.
(b) Pembentukan cecair pada dinding dalam balang gas hanya berlaku semasa pembakaran kerosin. Cecair yang menukarkan wama kertas kobalt klorida kontang daripada warna biru kepada merah ungu adalah air.
(c) Kenaikan suhu semasa pembakaran arang atau kerosin menunjukkan bahawa tenaga terhasil sebagai haba dan cahaya
(d) Arang terbakar untuk menghasilkan karbon dioksida dan tenaga.
(e) Kerosin terbakar untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga.
5.5 PENCEMARAN UDARA
Apakah Pencemaran Udara?
1 Pencemaran udara ialah penambahan bahan-bahan berbahaya ke dalam udara di sekeliling kita.
2 Bahan-bahan yang menyebabkan pencemaran udara dipanggil pencemar udara.
Sumber dan Kesan Pencemar Udara
1 Pencemar udara terhasil akibat aktiviti manusia.
2 Jadual 5.5 menyenaraikan beberapa, pencemar udara, sumber dan kesannya terhadap alam sekitar dan manusia.
Jadual 5.5 Pencemar udara, sumber dan kesannya
Pencemar udara | sumber | Kesan |
Karbon dioksida | Kenderaan, kilang, dan stesen jana kuasa Bahan api terbakar Pembakaran terbuka Kebakaran hutan | Pemanasan global (peningkatan suhu pada permukaan Bumi) yang menyebabkan - perubahan iklim - kenaikan paras laut |
Karbon monoksida | • Ekzos kenderaan • Asap rokok | • Bergabung dengan sel darah merah dan mengurangkan jumlah oksigen yang boleh dibawa oleh darah • Sakit kepala • Kerosakan otak dan maut |
Sulfur dioksida dan oksida-oksida bernitrogen | Kenderaan, kilang dan stesen jana kuasa | • Hujan asid yang memusnahkan hutan, membunuh organisma akuatikclan merosakkan bangunan • Masalah respirasi |
Plumbum | Pembakaran petrol berplumbum dalam kenderaan | • Mengganggu perkembangan otak kanak-kanak • Membawa maut pada kepekatan tinggi |
Klorofluorokarbon (CFC) | • Penyembur aerosol • Peti sejuk, alat penghawa dingin dan kilang • Kebocoran peti sejuk dan alat penghawa dingin | Penipisan lapisan ozon yang menyebabkan lebih banyak sinaran ultraungu sampai ke permukaan Bumi yang mengakibatkan -masalah kesihatan semakin bertambah seperti katarak kanser, pengimunan terhadap penyakit yang semakin lemah -pengurangan hasil pertanian |
Tar dan nikotin | Asap rokok | • Kanser peparu • Kerosakan pada otak dan sel jantung |
Asap dan jelaga | • Kenderaan dan kilang • Pembakaran terbuka • Asap rokok | • Masalah respirasi clan kerengsaan mata • Jerebu • Meliputi permukaan daun tumbuhan dan mengurangkan fotosintesis • Mengotorkan bangunan dan kawasan sekeliling |
Racun perosak | Semburan kimia (contohnya DDT) yang digunakan untuk membunuh haiwan dan serangga perosak | • Keracunan • Kemandulan • Kecacatan pada bayi dalam kandungan |
Sisa radioaktif | Bahan-bahan radioaktif | • Kanser • Kemandulan • Kecacatan oada bayi dalam kandungan |
Mencegah dan Mengawal Pencemaran Udara
Langkah-langkah berikut akan mencegah dan mengawal pencemaran udara:
(a) Memasang pemendak elektrostatik pada cerobong kilang yang akan menarik zarah-zarah asap.
(b) Merawat asap kilang sebelum
dibebaskan ke udara dengan menambahkan bahan kimia yang bertindak balas dengan sulfur dioksida dan oksida-oksida bernitrogen.
(c) Memasang penukar bermangkin dalam paip ekzos kenderaan untuk menukarkan hidrokarbon dan karbon monoksida yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air, serta oksida-oksida bernitrogen kepada nitrogen.
(d) Menggunakan bahan api yang lebih bersih dalam kenderaan seperti gas asli dan biodiesel.
(e) Mengharamkan pembakaran sampah dan sisa pertanian secara terbuka.
(f) Menggunakan sumber tenaga alternatif seperti kuasa hidroelektrik, tenaga solar, tenaga angin dan ombak yang tidak mencemarkan udara.
(g) Jangan menggunakan semburan aerosol atau bahan pendingin yang mengandungi CFC.
(h) Menanam semula hutan yang telah ditebang kerana pokokpokok menyingkirkan karbon
dioksida daripada udara dan membebaskan oksigen semasa fotosintesis.
(i) Jangan merokok.
(j) Mengurangkan penggunaan sumber dan bahan pembungkus, menggunakannya semula dan mengitar semula sumber sebanyak yang mungkin.
(k) Menggunakan kawalan biologi untuk menggantikan racun perosak.
(1) Menguatkuasakan undangundang untuk mengurus pembuangan sisa radioaktif secara selamat.
(m) Mendidik orang ramai dan pelajar tentang kepentingan dan caracara mengekalkan udara yang bersih.
EKSPERIMEN- 5.1 Oksigen diperlukan semasa respirasi
Tujuan
Untuk menunjukkan oksigen diperlukan sernasa respirasi
Hipotesis
Benda hidup memerlukan oksigen semasa respirasi.
Pernyataan masalah
Adalkah oksigen diperlukan semasa respirasi?
Pemboleh ubah
(a) Yang dimanipulasikan: Kehadiran benda hidup di dalam tabung didih
(b) Yang bergerak balas: Posisi penunjuk, isi padu udara di dalam tabung didih
(c) Yang dimalarkan: Kehadiran udara di dalam tabung didih Radas
Tabung didih, kasa dawai, tiub kapilari
Sahan
Kapas, larutan natrium hidroksida, air berwarna, kertas hitam, lipas hidup, tumbuhan hijau kecil
Prosedur
1 Tiga tabung didih disediakan seperti dalam Rajah 5.3.
2 Ketiga-tiga tabung diletakkan secara mengufuk.
3 Posisipenunjukdalamtiubkapilari diperhatikan selepas 3 jam,
Pemerhatian
Tabung | Pemerhatian |
A | Penunjuk bergerak masuk ke arah tabung didih |
B | Penunjuk bergerak masuk ke arah tabung didih |
C | Tiada perubahan dalam posisi penunjuk |
Perbincangan
1 Dalam tabung A dan B,' lipas dan tumbuhan menjalankan respirasi. Oksigen digunakan dan karbon dioksida dibebaskan. Karbon dioksida yang dibebaskan diserap oleh larutan natrium hidroksida.
2 Apabila oksigen digunakan, isi padu udara dan Tekanan udara dalam tabung mengurang. Tekanan atmosfera di luar tabung yang lebih tinggi menolak penunjuk masuk ke dalam.
3 Tiada perubahan di dalam tabung didih C kerana Tada benda hidup di dalam tabung. Tabung C bertindak sebagai kawalan.
Kesimpulan
Benda hidup menggunakan oksigen semasa respirasi. Hipotesis diterima.
Tujuan
Untuk menunjukkan bahawa karbon dioksida dibebaskan semasa respirasi
Pernyataan masaiah
Apakah gas yang dibebaskan semasa respirasi?
Hipotesis
Benda hidup membebaskan karbon dioksida semasa respirasi.
Pemboieh ubah
(a) Yang dimanipulasikan: Kehadiran bends hidup di dalam tabung didih
!a) Yang bergerak balas: Wama pen unjuk hidrogen karbonat (c) Yang dlmalarkan Kehadiran udara di dalam tabung didih Radas
Tabung didih, kasa dawai, tiub kapi lari
Bahan
Penunjuk hidrogen bikarbonat, lipas hidup, kacang hijau bercambah Prosedur
Kacang hijau yang sedang bercambah
1 Tiga tabung didih disediakan seperti dalam Rajah 5.4.
2 Ketiga-tiga tabung diletakkan secara menegak di atas rak.
3 Warna pada penunjuk hidrogen karbonat diperhatikan selepas 3 jam.
Pemerhatian
Tabung | -Pemerhatian |
A | Penunjuk bertukar' warna daripada merah kepada kuning |
B | _ Penunjuk bertukar daripada merah kepada kuning |
C | Tiada perubahan dalam warna penunjuk |
Perbincangan
1 Dalam tabung A dan B, lipas dan kacang hijau bercambah menjalankan respirasi dan membebaskan karbon dioksida.
2 Kepekatan karbon dioksida dalam tabung menukarkan warna penunjuk hidrogen karbonat daripada merah kepada kuning.
3 Tabung C bertindak sebagai kawalan.
Kesimpulan
Benda hidup membebaskan karbon dioksida semasa respirasi. Hipotesis diterima.
No comments:
Post a Comment