Wednesday, April 26, 2017

Ukuran Kuantiti Cahaya

a) Keamatan Cahaya (Luminous Intensity), L. 

Keamatan cahaya didefinasikan sebagai kuantiti cahaya nampak yang dipancarkan dalam unit masa per unit sudut padu. Unit yang digunakan untuk mengukur Keamatan cahaya ialah candela [1]. Manakala kuantiti Keamatan cahaya didalam SI didefinasikan sebagai kadar pancaran intrinsik(hakiki) tenaga cahaya dan unitnya ialah Joule/Saat. Dengan itu kuantiti Keamatan cahaya menerangkan kuantiti tenaga yang dipunyai oleh objek yang bercahaya tanpa mengambil kira sejauh mana jaraknya dari pemerhati.

b) Kecerahan (Brightness), B.

Kecerahan dimaksudkan sebagai kesan atau sensasi pemerhati yang dapat membezakan perbezaan kilauan sesuatu kaadaan [2], atau dengan kata lain ialah jumlah tenaga cahaya yang dapat dikesan oleh peralatan optik (mata,kamera atau fotometer) dari objek yang memancarkan cahaya. Jumlah tenaga cahaya ini bergantung kepada jarak di mana kedudukan objek tersebut. Kecerahan cahaya,B ditakrifkan sebagai jumlah tenaga cahaya (luminosity,L) yang di kumpulkan dari permukaan objek yang bersinar.


Di mana A ialah luas permukaan untuk objek yang bersinar dan D ialah jejari sfera . Unit ukuran untuk Kecerahan ialah W/cm2 [3].

c) Kecerahan Permukaan (Surface Brightness) dan Kecerahan Langit (Sky Brightness), S.

Kecerahan permukaan didefinasikan sebagai ukuran kecerahan,B per luas permukaan. Unit pengukuran kecerahan permukaan di dalam bidang astronomi ialah mag/arcsec2. Sistem ini juga dapat digunakan untuk mengukur kecerahan permukaan langit (The sky surface brightness) atau dengan nama ringkasnya Kecerahan langit (Sky Brightness). Selain menggunakan skala mag/arcsec2 , kecerahan langit juga boleh diukur dengan menggunakan skala NELM (Naked Eye Limiting Magnitude).

Rujukan
[1] Britanica Encylopedia 2016 luminous intensity | physics Encycl. Br.
[2] Farlex 2016 brightness Free Dict.
[3] SAM and MSO 2010 Brightness and Surface Brightness










Monday, March 13, 2017

Robot penjelajah bulan ditemui selepas lapan tahun - Global - Sinar Harian


Sinar harian hari ini melaporkan bahawa robot perayau Bulan milik India (ISRO) telah di temui oleh NASA.

Robot penjelajah bulan ditemui selepas lapan tahun - Global - Sinar Harian

Berikut ialah rancangan asal perayauan Chandrayaan-1 sebelum ianya terputus hubungan.

Monday, February 20, 2017

Kajian Tindakan


Kajian Tindakan atau di dalam bahasa Inggerisnya ialah Action Research. Kajian ini merujuk kepada kajian sains sosial, mungkin ramai juga yang mempunyai latar belakang sains tulen mempunyai kesukaran dalam mengendalikan kajian ini. 

Berikut ini adalah format ringkas kajian tindakan



FORMAT PENULISAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1. Tajuk Kajian

• Mengenal pasti kemahiran / masalah yang akan dikaji.

• Dinyatakan dengan ringkas dan mengandungi hala tuju kajian.

• Hendaklah tepat dan padat (sebaiknya tidak lebih daripada 12 patah perkataan).

2. Nama Penyelidik /Pasukan.

3. Nama Sekolah Dan Alamat.

4. Refleksi Situasi Yang Lalu.

• Ingat kembali pergalaman yang lalu;

• Kaitkan pengalaman lalu dengan perkara utama dalam P&P;

• Rujuk kepada data yang dikumpul serta yang telah dianalisis seperti markah ujian, semakan buku latihan, temu bual, pemerhatian dalam kelas;

• Nyatakan perasaan berkaitan perkara / topik P&P / permasalahan yang ingin diperbaiki;

• Reaksi tentang diri guru.

5. Isu Keperihatinan / Fokus Kajian.

• Fokus kepada aspek yang mempunyai kaitan langsung dengan minatdan keperluan anda dalam bilik darjah;

• Data yang diperlukan bagi memperjelaskan persoalan tersebut boleh dikumpul, bukan sesuatu di luar kemampuan;

• Fokus kepada aspek / bidang yang anda mempunyai kuasa / keupayaan untuk mengubah atau melakukan sesuatu.

6. Objektif Kajian,

Objektif umum

• Mengikut apa yang dipilih dalam tajuk

Objektif khusus

• Boleh diukur;

• Boleh dilaksana;

• Bukan sahaja untuk mengubah sikap murid tetapi mesti juga perubahan kepada sikap guru, pengajaran guru dan cara menghadapi murid.

7. Kumpulan sasaran.

8. Tindakan Yang Dicadangkan.

• Nyatakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan;

• Nilai bagi sesuatu Kajian Tindakan terletak pada tindakan / aktiviti intervensi yang akan Dijalankan.

9. Jadual Pelaksanaan

10. Kos Kajian

Perkara 1- 10 diatas ialah penerangan ringkas tentang penulisan proposal, proposal adalah pernyataan tentang perancangan projek @ tindakan yang akan dilaksanakan dengan itu proposal harus diikuti oleh laporan kajian tersebut 

Perbezaan antara Format Penulisan dan Laporan Kajian Tindakan

BIL.
TAJUK
Proposal
Laporan
1.
Tajuk Kajian
/
/
2.
Nama Penyelidik
/
/
3.
Nama dan Alamat Sekolah
/
/
4.
Penghargaan
X
/
5.
Abstrak
X
/
6.
Halaman Kandungan
/
/
7.
Refleksi P&P Lalu
/
/
8.
Isu Keperihatinan/fokusKajian
/
/
9.
Objektif Kajian
/
/
10
Kumpulan Sasaran.
/
/
11.
Jadual Pelaksanaan
/
X
12.
Kos Bahan Kajian
/
X
13.
Perancangan Tindakan
/
(akan)
/
(telah)
14.
Pelaksanaan Tindakan
X
/
(telah)
15.
Dapatan Kajian
X
/
16.
Refleksi Kajian
X
/
17.
Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya
X
/
18.
Rujukan
X
/
19
Lampiran
X
/



/ : ADA                    X : TIADA

Untuk rujukan lebih lanjut sila klik Manual Kajian Tindakan