Wednesday, June 29, 2011

Garfu Dalam Kari ?

Salah satu amalan masyarakat melayu apabila memasak makanan (contohnya gulai daging) ialah dengan memasukkan bahan berasaskan besi seperti sudu atau garfu ke dalam masakan supaya daging cepat empuk seterusnya memendekkan tempoh masa memasak. Untuk menguji seja uh manakah kebenaran amalan itu, secara saintifik satu kajian penyelidikan telah direkabentuk dan dilaksanakan di dalam makmal. Oleh itu, satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji tindakbalas besi terhadap haba.Sebanyak 3 eksperimen telah direkabentuk bagi melihat hasil tindakbalas bendasing terhadap peningkatan suhu pemanasan air suling dan larutan garam. Dalam eksperimen tersebut, bendasing utama yang digunakan ialah gulungan dawai besi dan pemberat besi menggunakan air suling tanpa bendasing. Hasil eksperimen ini menunjukkan bahawa tindakbalas besi terhadap peningkatan suhu adalah amat ketara. Eksperimen menggunakan gulungan dawai besi, menunjukkan suhu meningkat dengan cepat terhadap haba berbanding dengan menggunakan pemberat besi dan tanpa menggunakan bendasing.

No comments: