Mengikut maklumat yang dibaca dari artikel yang di hebahkan di dalam surat khabar Berita Harian (14 Jun 2011). Gerhana dijangka akan kelihatan di langit Malaysia mulai sekitar jam 1.00 pagi sehingga 5.44 pagi pada 16 Jun 2011.
Persiapan
Dengan berbekalkan maklumat tersebut penulis mula mengumpulkan semula gajet-gajet yang tersimpan didalam bilik bacaan.Pada hari rabu (15 jun, tengahari) penulis disapa oleh beberapa orang anak murid yang bertanyakan tentang perkembangan mengenai gerhana yang telah disiarkan di akhbar.Dengan sebab itu juga mereka meminta untuk diadakan aktiviti mencerap. Penulis kemudian menerangkan bahawa pada hari ini langit kelihatan berawan dan mendung, yang mana berkemungkinan hujan yang lebat mungkin akan turun.
seperti yang dijangkakan petang 15 jun hujan turun dengan lebat sehingga rumah sewa penulis bocor dan mengena meter jangka TNB, kemudian berlaku sedikit gangguan bekalan elektrik.
tunggu,tidur dan terjaga
Sehabis waktu isyak sedang anak penulis berkemas untuk aktiviti perkhemahan pada hari khamis,terdengarlah nada sms dari handphone penulis. sms tu seperti di bawah:Cg(cikgu) guano(macam mana) esok boleh tengok gerhana tak ?selepas berbalas sms dan telefon dengan pelajar, terasa mengantuk, sebelum berlabuh kat bantal penulis capai netbook untuk menyemak kedudukan Bulan pada jam 3.00 pagi nanti.Untuk itu “stellarium” di ‘on’kan.
Pasti dan memang pasti Bulan purnama akan berada di sebelah barat pada jam 3.00 pagi. masa untuk tungguuuuu....(tidur).
Jam 3.00 pagi
– bangun bersiap untuk cerapan, tinjau kaadaan langit , dipenuhi awan , kaadaan gelap dan sunyi je kawasan taman perumahan niJam 4.55
-kelihatan sedikit cahaya, pada langit di kedudukan Bulan, satu bintangpun tidak kelihatan. cahaya tersebut semakin lama semakin terangJam 5.30
seluruh bulatan bulan telah bercahaya namun cahayanya adalah pada skala yang malap berbanding Bulan purnama biasaJam 5.44
azan subuh kedengaran. Keseluruhan bulatan Bulan diterangi cahaya yang teranginilah serba sedikit catatan yang dapat penulis kongsi dengan pembaca semua. Malang sekali oleh kerana ke “amatur”an panulis, penulis gagal memfokus dan merakamkan peristiwa bersejarah ini(walaupun telah memiliki sedikit peralatan).
No comments:
Post a Comment