a) Keamatan Cahaya (Luminous Intensity), L.
Keamatan cahaya didefinasikan sebagai kuantiti cahaya nampak yang dipancarkan dalam unit masa per unit sudut padu. Unit yang digunakan untuk mengukur Keamatan cahaya ialah candela [1]. Manakala kuantiti Keamatan cahaya didalam SI didefinasikan sebagai kadar pancaran intrinsik(hakiki) tenaga cahaya dan unitnya ialah Joule/Saat. Dengan itu kuantiti Keamatan cahaya menerangkan kuantiti tenaga yang dipunyai oleh objek yang bercahaya tanpa mengambil kira sejauh mana jaraknya dari pemerhati.b) Kecerahan (Brightness), B.
Kecerahan dimaksudkan sebagai kesan atau sensasi pemerhati yang dapat membezakan perbezaan kilauan sesuatu kaadaan [2], atau dengan kata lain ialah jumlah tenaga cahaya yang dapat dikesan oleh peralatan optik (mata,kamera atau fotometer) dari objek yang memancarkan cahaya. Jumlah tenaga cahaya ini bergantung kepada jarak di mana kedudukan objek tersebut. Kecerahan cahaya,B ditakrifkan sebagai jumlah tenaga cahaya (luminosity,L) yang di kumpulkan dari permukaan objek yang bersinar.Di mana A ialah luas permukaan untuk objek yang bersinar dan D ialah jejari sfera . Unit ukuran untuk Kecerahan ialah W/cm2 [3].
c) Kecerahan Permukaan (Surface Brightness) dan Kecerahan Langit (Sky Brightness), S.
Kecerahan permukaan didefinasikan sebagai ukuran kecerahan,B per luas permukaan. Unit pengukuran kecerahan permukaan di dalam bidang astronomi ialah mag/arcsec2. Sistem ini juga dapat digunakan untuk mengukur kecerahan permukaan langit (The sky surface brightness) atau dengan nama ringkasnya Kecerahan langit (Sky Brightness). Selain menggunakan skala mag/arcsec2 , kecerahan langit juga boleh diukur dengan menggunakan skala NELM (Naked Eye Limiting Magnitude).Rujukan
[1] Britanica Encylopedia 2016 luminous intensity | physics Encycl. Br.
[2] Farlex 2016 brightness Free Dict.
[3] SAM and MSO 2010 Brightness and Surface Brightness