Tuesday, December 9, 2014

BAB 7 HABA SEBAGAI SUATU BENTUK TENAGA

7.1 Apakah Haba?

1 Haba ialah suatu bentuk tenaga.

2 Tenaga haba juga dipanggil tenaga termal.

3 Unit untuk mengukur haba ialah joule (J).

4 Haba mengalir dari kawasan bersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah.

Sumber Haba

1 Matahari ialah sumber tenaga utama di Bumi. Matahari meman­carkan haba dan cahaya ke angkasa dan sebahagian daripadanya sampai ke Bumi.

2 Haba juga boleh diperoleh melalui perubahan tenaga daripada sumber (bentuk tenaga) yang lain seperti:

  • (a) Geseran atau gosokan (tenaga kinetik)
  • (b) Tindak balas kimia (tenaga kimia)
  • (c) Pembakaran (tenaga kimia)
  • (d) Tenaga elektrik
  • (e) Tindak balas nuklear (tenaga nuklear)

Kegunaan Haba Seharian

1 Untuk memasak, mendidih air, menjemur pakaian dan menyeterika pakaian di rumah.

2 Untuk mensterilkan peralatan perubatan di klinik dan hospital.

3 Untuk menghasilkan stim di stesen kuasa untuk memutarkan turbin penjana bagi menjana tenaga elektrik.

4 Untuk meleburkan plastik dan logam (supaya boleh digunakan semula), memproses dan mengetin makanan dalam industri.

Suhu

1 Haba ialah suatu bentuk tenaga manakala suhu ialah sukatan bagi tahap kepanasan objek.

2 Apabila haba dibekalkan kepada sesuatu objek, objek itu menjadi lebih panas dan suhunya akan meningkat. Apabila haba dialihkan, objek itu menjadi sejuk dan suhunya akan menurun.

3 Unit SI untuk suhu ialah Kelvin (K). Suhu diukur dengan menggunakan termometer dan unit ukuran yang biasa digunakan ialah darjah Celcius atau Fahrenheit.

4 Haba dan suhu adalah berkaitan tetapi tidaklah sama:

  • (a) Semakin tinggi suhu sesuatu objek, semakin banyak kandungan habanya.
  • (b) Objek dengan jisim yang besar mempunyai kandungan haba yang lebih banyak daripada objek dengan jisim yang lebih kecil pada suhu yang sama.

7.2 ALIRAN HABA DAN KESAN-KESANNYA

Pengembangan dan Pengecutan Jirim

1 Apabila jirim dipanaskan, jirim mengembang. Isi padunya bertambah.

2 Apabila jirim disejukkan, jirim mengecut. Isi padunya berkurang.

3 Walaupun ketiga-tiga keadaan jirim (pepejal, cecair dan gas) mengembang apabila dipanaskan, gas mengembang dengan paling banyak dan pepejal mengembang dengan paling sedikit.

Kesan baba pada Pepejal

1 Zarah-zarah dalam pepejal bergetar pada kedudukan tetap.

2 Apabila pepejal dipanaskan, zarah­-zarah bergetar dengan lebih cepat dan jarak antara zarah-zarah bertambah.

3 Hal ini menyebabkan isi padu pepejal bertambah, iaitu pepejal mengembang.

4 Apabila pepejal kehilangan tenaga haba, zarah-zarah bergetar dengan lebih perlahan dan jarak antara zarah-zarah berkurang.

5 Hal ini menyebabkan isi padu pepejal berkurang, iaitu pepejal mengecut.

expand

6 Rajah 7.1 menunjukkan bahawa pepejal mengembang apabila dipa­naskan dan mengecut apabila disejukkan.

  • (a) Bebola logam boleh bergerak melalui gelang sebelum dipanaskan.
  • (b) Bebola logam tidak boleh bergerak melalui gelang selepas dipanaskan kerana isi padunya telah bertambah. Bebola akan dapat bergerak melalui gelang semula apabila disejukkan.

Kesan haba pada cecair dan gas

1 Zarah-zarah cecair dan gas bergerak scara bebas.

2 Apabila cecair clan gas dipanaskan, zarah-zarah bergerak dengan lebih cepat dan rawak. Jarak antara zarah-zarah juga bertambah.

3 Oleh itu, isi padu cecair dan gas bertambah.

4 Apabila cecair atau gas disejukkan, pergerakan zarah-zarah menjadi lebih perlahan dan zarah-zarah semakin rapat antara satu lama lain.

clip_image004

5 Oleh itu, isi padu cecair atau gas berkurang.

6 Aktiviti dalam Rajah 7.3 menunjuk­kan bahawa cecair mengembang apabila dipanaskan dan

mengecut apabila disejukkan.

clip_image006

  • (a) Merkuri mengembang dan arasnya meningkat apabila berada di dalam air panas.
  • (b) Merkuri mengecut dan arasnya menurun apabila berada di dalam ais.

7 Aktiviti dalam Rajah 7.4 menunjuk­kan bahawa gas mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.

clip_image008

  • (a) Titisan dakwat merah bergerak ke atas tiub kaca apabila udara dalam kelalang dipanaskan dan is padunya mengembang.
  • (b) Titisan dakwat merah bergerak ke bawah tiub kaca apabila udara dalam kelalang menjadi sejuk dan isi padunya mengecut.

Aliran Haba

1 Haba mengalir dari kawasan yang lebih panas (yang bersuhu tinggi)

ke kawasan yang lebih sejuk (yang bersuhu rendah).

2 Semakin besar perbezaan suhu di antaranya, semakin cepat kadar aliran haba.

3 Haba mengalir melalui tiga cara:

  • (a) Konduksi
  • (b) Perolakan
  • (c) Sinaran

Konduksi

clip_image010

1 Aliran haba melalui pepejal dipanggil konduksi.

2 Apabila satu hujung rod logam dipanaskan, zarah-zarah di hujung rod memperoleh haba dan bergetar dengan lebih cepat.

3 Zarah-zarah ini menghentam zarah-­zarah lain yang berdekatan dan haba dipindahkan. Oleh itu, haba dipin­dahkan dari hujung rod yang lebih panas ke hujung rod yang lebih seiuk.

4 Eksperimen dalam Rajah 7.6 menun­jukkan bahawa haba mengalir melalui pepeial secara konduksi.

clip_image012

  • (a) paku tekan A jatuh dahulu, di­ikuti oleh Paku tekan B dan akhirnya C apabila lilin melebur.
  • (b) Haba dipindahkan melalui rod besi secara konduksi.
  • (c) Haba mengalir dari hujung rod yang panas ke hujung rod yang sejuk.

Perolakan

1 Perolakan ialah aliran haba melalui bendalir (cecair dan gas) menerusi zarah-zarahnya yang bergerak.

2 Apabila bendalir dipanaskan, bendalir mengembang dan menjadi kurang tumpat daripada bendalir sejuk.

3 Bendalir panas naik ke atas sambil membawa haba bersamanya. Bendalir sejuk bergerak ke bawah untuk meng­gantikan tempat bendalir panas.

4 Aliran ini dipanggil arus perolakan. Arus perolakan bergerak dalam kitaran.

5 Perolakan tidak berlaku dalam pepejal kerana zarah-zarah dalam pepejal tidak boleh bebas bergerak.

6 Aktiviti dalam Rajah 7.7 menunjuk­kan bahawa haba mengalir melalui cecair secara verolakan.

clip_image014

  • (a) Apabila air dipanaskan, arus air yang berwarna ungu kelihatan bergerak ke atas dan ke bawah dalam kitaran.
  • (b) Air yang panas mengembang dan bergerak ke atas, air yang sejuk dari permukaan bergerak ke bawah.
  • (c) Pergerakan air ditunjukkan oleh zarah-zarah kalium permanganat yang dibawa oleh air.

7 Aktiviti dalam Rajah 7.8 menunjuk­kan bahawa haba mengalir melalui Pas secara perolakan.

clip_image016

  • (a) Lilin yang menyala memanas­kan udara di sebelah kadbod tempat lilin terletak.
  • (b) Udara panas mengembang dan bergerak ke atas.
  • (c) udara yang lebih sejuk di sebelah kadbod yang lain bergerak ke bawah dan melalui bawah kadbod untuk menggantikan udara panas. Udara yang lebih sejuk membawa zarah-zarah asap bersamanya.
  • (d) Apabila sampai di sebelah kadbod tempat lilin terletak, udara sejuk dipanaskan oleh lilin. Udara panas bergerak ke atas sambil membawa zarah­zarah asap bersamanya.

Sinaran

1 Sinaran ialah proses aliran haba yang tidak memerlukan medium.

2 Dengan itu, haba boleh dipindah­kan melalui vakum.

clip_image018

3 Sinaran boleh diserap atau dipantulkan.

4 Aktiviti dalam Rajah 7.9 menun­jukkan bahawa haba mengalir melalui vakum secara sinaran.

  • (a) Pam vakum mengepam keluar udara dari balang loceng untuk mewujudkan keadaan vakum di dalamnya.
  • (b) Haba dari mentol cahaya tidak boleh bergerak melalui vakum secara konduksi atau perolakan kerana kedua-dua proses ini memerlukan medium.
  • (c) Tangan terasa panas. Hal ini menunjukkan bahawa haba dari mentol cahaya telah bergerak melalui vakum secara sinaran.

Aliran Haba dalam Fenomena Semula ladi

1 Haba dari Matahari bergerak secara sinaran melalui angkasa yang berkeadaan hampir vakum dari Matahari ke Bumi.

2 Pemanasan Bumi oleh Matahari dengan tidak sekata mengakibatkan angin.

3 Bayu darat dan bayu laut ialah angin yang berlaku setiap hari di kawasan

berhampiran dengan laut. Fenomena tersebut disebabkan oleh perolakan.

Bayu Laut

clip_image020

1 Pada waktu siang, darat dipanas­kan lebih cepat daripada laut.

2 Udara panas di permukaan darat naik dan udara sejuk di permukaan laut bergerak ke aiah darat untuk mengambil tempat udara panas.

3 Pergerakan udara sejuk dari laut ke arah darat menghasilkan bayu laut.

Bayu darat

clip_image022

1 Pada waktu malam, darat kehilangan haba lebih cepat daripada laut.

2 Udara panas di permukaan laut naik ke atas dan udara sejuk di permukaan darat bergerak ke arah laut untuk mengambil tempt udara panas.

3 Pergerakan udara sejuk dari darat ke laut menghasilkan bayu darat.

Konduktor dan Penebat Haba

1 Konduktor haba ialah bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan mudah dan cepat.

2 Logam ialah konduktor haba yang baik. Logam yang berlainan me­manas dan menyejuk pada kadar yang berbeza.

3 Penebat haba (atau konduktor haba yang lemah) hanya membenarkan sedikit haba mengalir melaluinya.

4 Bahan bukan logam dan gas biasanya ialah konduktor haba yang

lemah.

Kegunaan Konduktor dan Penebat Haba

Jadua17.1 Kegunaan konduktor haba

Konduktor haba

Kegunaan

Aluminium

Membuat peralatan memasak dan cerek

Keluli

• Membuat peralatan memasak dan cerek

• Membuat seterika elektrik

• Membuat sirip pada motosikal untuk memindahkan haba dari enjin

Kuprum

• Membuat muncung alat pemateri yang digunakan untuk mencairkan logam

• Membuat gegelung radiator dalam peti sejuk bagi menghilangkan haba melalui agen penyejuk yang mengalir melaluinya

• Membuat radiator kereta bagi memindahkan haba dari air yangmengalir melaluinya

Jadual 7.2 Kegunaan penebat haba

Penebat haba

Kegunaan

Bulu

• Membuat pakaian sejuk clan selimut

Kapas

• Membuat pakaian dan selimut

Bulu pelepah

•Mengisi selimut dan pakaian sejuk

Kayu/plastik

• Membuat pemegang alat memasak

Stirobusa

• Membuat pembungkus makanan kehangatan yang mengekalkan makanan

Kaca

• Digunakan di dalam makmal untuk cecair (rod mengacau kaca) panas

7.3 KESAN HABA PADA JIRIM

Perubahan Keadaan Jirim

1 Jirim boleh wujud sebagai pepejal, Cecair dan gas.

2 Jirim boleh berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.

3 Perubahan keadaan jirim melibat­kan proses fizikal yang boleh diterbalikkan (Rajah 7.14).

4 Perubahan dalam susunan zarah­-zarah jirim berlaku semasa proses fizikal.

5 Tenaga haba dibebaskan atau diserap semasa proses fizikal.

clip_image024

Peleburan

1 Peleburan ialah proses pepejal menyerap haba dan berubah menjadi Cecair.

image

2 Suhu apabila pepejal melebur ialah takat leburnya.

3 Contoh pemerhatian peleburan dalam kehidupan harian ialah:

(a) Aiskrim yang dikeluarkan dari peti sejuk melebur

(b) Lilin yang bernyala melebur

(c) Bijih timah melebur di dalam relau

Pendidihan

1 Pendidihan ialah proses Cecair meny­erap haba dan berubah menjadi gas.

image

2 Suhu apabila Cecair mendidih ialah takat didihnya.

3 Contoh pemerhatian pendidihan dalam kehidupan harian ialah:

(a) Air mendidih dalam cerek.

(b) Proses penyulingan yang meng­gunakan proses pendidihan dan kondensasi dalam pena­pisan minyak dan pembuatan alkohol.

Penyejatan

1 Penyejatan ialah proses Cecair menyerap haba dan berubah men­jadi gas pada mana-mana suhu di bawah takat didihnya.

image

2 Contoh pemerhatian penyejatan dalam kehidupan harian ialah:

(a) Pakaian basah mengering di bawah cahaya matahari.

(b) jalan raya yang basah menger­ing dipanaskan oleh matahari selepas hujan.

Pembekuan

1 Pembekuan ialah proses cecair membebaskan haba dan berubah menjadi pepejal.

image

2 Suhu apabila cecair membeku ialah takat bekunya.

3 Takat beku sama dengan takat lebur. Sebagai Cntoh, ais melebur pada 0°C dan air membeku menjadi ais pada 0°C.

4 Contoh pemerhatian pembekuan dalam kehidupan harian ialah:

(a) Air pada permukaan kolam dan sungai membeku menjadi ais pada musim sejuk.

(b) Aiskrim mengeras dalam peti sejuk.

Kondensasi

1 Kondensasi ialah proses gas membebaskan haba dan berubah menjadi cecair.

Gas --> cecair

2 Contoh pemerhatian pembekuan dalam kehidupan harian ialah:

(a) Titisan air terbentuk pada dinding luar gelas yang berisi minuman sejuk.

(b) Pembentukan awan.

Pemejalwapan

1 Pemejalwapan ialah proses pepejal berubah terus menjadi gas atau gas berubah secara terus menjadi pepejal tanpa melalui keadaan cecair.

Pepejal - gas atau Gas – pepejal

2 Haba diserap apabila pepejal berubah menjadi gas.

3 Haba dibebaskan apabila gas berubah menjadi pepejal.

4 lodin, ammonium klorida dan pepejal karbon dioksida ialah contoh bahan yang boleh memejalwap.

5 Contoh pemerhatian pemejalwapan dalam kehidupan harian ialah:

(a) Pembentukan kabus menggu­nakan pepejal karbon dioksida (ais kering).

(b) Ubat gegat menjadi semakin kecil lama-kelamaan.

7.4 APLIKASI PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN JIRIM

Pengembangan dan Pengecutan Jirim dalam Kehidupan Seharian

Termometer

1 Termometer mengandungi merkuri di dalam bebuh kaca dan tiub kapilari.

2 Merkuri ialah logam cecair yang mengembang dan mengecut dengan seragam dengan perubahan suhu.

clip_image026

Penggera kebakaran

1 Penggera kebakaran ialah alat yang mengesan dan memberi amaran kepada kita tentang api.

2 Alat ini mempunyai jalur dwilogam yang terdiri daripada dua jenis logam berlainan (loyang dan besi) yang mengembang pada kadar yang berbeza apabila dipanaskan (Rajah 7.16).

(a) Apabila tercetusnya api, suhu bilik meningkat.

(b) Loyang mengembang dengan lebih banyak daripada besi dan menyebabkan jalur membengkok ke arah dan menyentuh skru sentuh dan litar dilengkapkan.

(c) Arus mengalir melalui litar elektrik dan loceng elektrik berdering.

clip_image028

Termostat

1 Termostat ialah alat yang membantu mengawal suhu unsur pemanas di dalam peralatan elektrik seperti seterika, peti sejuk, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik.

2 Alat ini mengandungi jalur dwilogam yang membengkok dari titik sentuh dan memutuskan litar apabila suhu terlalu tinggi.

3 Suhu diubah dengan menggunakan punat yang mengubah jarak antara jalur dwilogam dengan titik sentuh.

clip_image030

Landasan kereta api

1 Landasan kereta api mempunyai celah-celah antara landasan untuk membenarkan pengembangan landasan pada hari yang panas.

2 Tanpa celah-celah tersebut, landasan akan membengkok dan bertindih.

clip_image032

Jambatan keluli

1 Jambatan keluli dibina dengan sendi bergelongsor dan satu celah pada satu hujung. Ini membenar­kan pengembangan jambatan pada cuaca panas.

2 Pengguling menyokong hujung jambatan tersebut dan membenar­kan jambatan mengembang dengan mudah.

clip_image034

Menyelesaikan Masalah Ringkas dengan Prinsip Pengembangan dan Pengecutan jirim

Membuka penutup botol yang ketat

1 Sekiranya anda tidak dapat mem­buka penutup logam yang ketat pada botol kaca, anda boleh merendam­kan penutup botol dalam air panas.

2 Penutup logam akan mengembang lebih cepat daripada kaca dan melonggarkan penutup.

Pengembangan paip stim

clip_image036

1 Apabila stim melalui paip, paip akan memanas dan mengembang. Pengembangan dan pengecutan yang berulang akan merosakkan dan memecahkan paip.

2 Paip stim mempunyai bahagian yang melengkung yang dipanggil siku pengembangan yang mem­benarkan paip mengembang dan mengecut tanpa kerosakan.

Pengembangan dan pengecutan kaki lima konkrit dan jalan raya

1 Kaki lima konkrit diperbuat daripada bidur konkrit.

2 Celah antara bidur-bidur membo­lehkan pengembangan pada hari panas.

3 Jalan raya konkrit mempunyai siku pengembangan.

clip_image038

Kabel telefon dan elektrik

Kabel telefon dan elektrik dipasang secara kendur supaya mengelakkan kabel daripada terputus apabila kabel mengecut pada waktu malam atau semasa cuaca sejuk.

clip_image040

Tayar logam

1 Tayar logam kereta api adalah lebih kecil sedikit daripada rocfi logamnya.

2 Tayar dipanaskan sebeluin dipasangkan pada roda.

3 Selepas tayar menyejuk, tayar mengecut dan mencengkam rod dengan ketat.

Bekas kaca

1 Permukaan dalam suatu bekas kaca yang berdinding tebal mengembang lebih banyak daripada permukaan luar.

2 Hal ini mengakibatkan bekas meretak apabila air panas dituang ke dalamnya.

3 Masalah ini boleh diselesaikan dengan membuat bekas kaca yang berdinding nipis serta menuangkan air panas dengan perlahan.

7.5 PENYERAPAN DAN SINARAN HABA

Jenis Permukaan Mempengaruhi Penyerapan dan Sinaran Haba

1 Jenis dan warna permukaan objek mempengaruhi jumlah haba yang diserap atau dipancarkan oleh sesuatu objek.

2 Permukaan yang gelap menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada permukaan yang cerah.

3 Permukaan yang pudar menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada permukaan yang berkilat.

4 Jumlah haba yang diserap juga bergantung kepada suhu di sekeliling objek.

7.6 FAEDAH ALIRAN HABA

Aplikasi Aliran Haba

1 Aliran haba boleh digunakan untuk menjadikan kehidupan kita lebih selesa.

2 Contoh-contoh aplikasi konduksi haba ialah:

(a) Haba daripada air panas di dalam radiator kereta dikonduksikan kepada udara luar melalui tiub

kupnun di dalam radiator kereta.

(b) Konduksi haba daripada peralatan memasak dan cerek membenarkan kita memasak makanan dan mendidih air.

(c) Kita menggunakan muncung pemateri besi yang diperbuat daripada konduktor haba yang baik seperti kuprum untuk meleburkan logam lain.

(d) Haba daripada seterika elektrik digunakan untuk menyeterika pakaian yang comot.

3 Contoh-contoh aplikasi perolakan haba ialah:

(a) Salur ventilasi dalam bangunan membantu memperbaik per­edaran Udara

clip_image042

(i) Udara panas naik dan ter­lepas melalui salur ventilasi di bahagian atas bangunan.

(ii) Udara sejuk memasuki rumah melalui tingkap, pintu dan bukaan lain.

(b) Penyaman udara membantu menyejukkan suhu sekeliling

clip_image044

(i) Udara panas naik dan disejukkan oleh alat penghawa dingin.

(ii) Udara sejuk bergerak ke bawah.

(c) Peti sejuk

(d) Radiator kereta

(e) Cerek elektrik

Contoh-contoh aplikasi sinaran haba ialah:

(a) Menjemur pakaian basah menggunakan haba daripada matahari.

(b) Pemanas suria yang digunakan untuk memanaskan air.

(c) Unggun api yang membekal­kan baba.

(d) Termos yang digunakan untuk menyimpan cecair pada suhu tertentu.

(i) Mempunyai dua lapisan dinding kaca yang kedap udara di ruang antara­nya untuk mengelakkan kehilangan haba secara konduksi atau perolakan.

(ii) Permukaan kedaa-dua dinding bersalut perak untuk mengurangkan kehilangan haba secara sinaran.

(iii) Mulut dan dasar biasanya diperbuat daripada gabus yang merupakan konduk­tor baba yang lemah.

clip_image046

Eksperimen dalam Rajah 7.12 menunjukkan logam mempunyai

kebolehan mengalirkan haba secara konduksi pada kadar yang; berhe7a

clip_image048

(a) Paku tekan yang terlekat pada rod kuprum jatuh dahulu, manakala paku tekan yang terlekat pada rod besi jatuh terakhir.

(b) Kuprum merupakan konduktor haba yang terbaik, diikuti oleh aluminium dan besi.

Eksperimen-Eksperimen

Tujuan

Untuk mengkaji kebolehan penebatan haba bagi pelbagai bahan

Radas

Kelalang bulat, termometer

Pernyataan masalah

Adakah 'bahan yang berlainan mempunyai kebolehan penebatan haba yang berlainan?

Hlpotesis

Bahan yang berlainan mempunyai kebolehan penebatan haba yang berainan.

Pemboleh ubah

(a) Yang dimanipulasikan:

Jenis bahan penebat yang digunakan untuk membalut kelalang

(b) Yang bergerak 'balas:

Suhu air dalam kelalang

(c) Yang dimalarkan:

Isi padu air, Suhu awal dalam kelalang

Bahan

Kertas, kapas, benang bulu biri-bid, air panas (95°C)

Prosedur

1 Radas disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Raiah 7.13.

clip_image050

2 Suhu air dalam setiap kelalang direkod seiepas 20 minit.

Keputusan

Kelalang

Penebat

Suhu (selepas 20 minit)

P

Kertas

70

Q

Kapas

80

R

Benang bulu biri-biri

88

Perbincangan

1 Suhu jatuh paling perlahan dalam kelalang R, diikuti dengan kelalang Q dan kelalang P.

2 Bahan penebat yang terbaik ialah benang bulu biri-biri, diikuti oleh kapas dan kerets.

Kesimpulan

Bahan yang berlainan mempunyai kebolehan penebatan haba yang berlainan. Hipotesis diterima.


Tujuan

Untuk menunjukkan bahawa objek gelap dan pudar menyerap haba dengan lebih baik daripada objek putih dan berkilat

Pernyataan masalah

Adakah objek gelap dan pudar menyerap haba dengan lebih baik daripada objek putih dan berkilat?

Hipotesis

Objek gelap dan pudar menyerap haba dengan lebih baik daripada objek putih dan berkilat.

Pemboleh ubah

(a) Yang dimanipulasikan: Jenis permukaan

(b) Yang bergerak balas: Suhu udara

(c) Yang dimalarkan: Was permukaan tin yang terdedah kepada haba, jarak tin dari cumber haba

Radas

Tungku kaki tiga, termometer, penunu Bunsen, kasa dawai, tin logam, gabus, pembaris meter

Rahan

Kertas hitam yang kasar, kertas putih yang berkilat

clip_image052

1 Eksperimendisediakan'sepertiyang ditunjukkan dalam Rajah 7.23.

2 Suhu awal udara dalam setiap tin direkodkan.

3 Penunu Bunsen dihidupkan.

4 Suhu udara dalam setiap tin direkodkan selepas 15 minit.

Perbincangan

1 Suhu udara dalam tin P meningkat lebih daripada suhu udara dalam tin Q.

2 Hal ini menunjukkan bahawa tin P menyerap lebih banyak haba daripada tin Q.

 

Suhu

(°C)

Tin

Awal

Akhir

P

28

40

Q

28

36

Kesimpulan

Objek gelap dan pudar menyerap haba dengan lebih baik daripada objek putih dan berkilat. Hipotesis diterima.

Tujuan

Untuk menunjukkan bahawa objek gelap clan pudar membebaskan haba dengan lebih baik daripada objek putih dan berkilat

Pernyataan masalah

Adakah objek gelap dan pudar membebaskan haba dengan lebih baik daripada objek putih dan berkilat?

Hipotesis

Objek gelap dan pudar mem­bebaskan haba dengan lebih baik daripada objek putih dan berkilat.

Pemboleh ubah

(a) Yang dimanipulasikan: Jenis permukaan

(b) Yang bergerak balas: Suhu air

(c) Yang dimalarkan: Was permukaan objek, Suhu dan is! padu air

Radas

Termometer, tin logam, gabus

Bahan

Kertas h tam yang kasar, kertas putih yang berkilat, air didih

Prosedur

1 Eksperimen disediakan seperti ditunjukka dalam Rajah 7.24.

clip_image054

2 Suhu awal air dalam setiap tin direkodkan.

3 Suhu air dalam setiap tin direkodkan selepas 15 minit.

Tin

Suhu

(°C)

 

Awal

Akhir

P

100

78

Q

100

87

Perbincangan

1 Suhu air di dalam tin P menurun dengan lebih banyak daripada Suhu air di dalam tin Q.

2 Hal ini menunjukkan bahawa lebih banyak haba dibebaskan daripada tin P jika dibandingkan dengan tin Q.

Kesimpulan

Objek gelap dan pudar mem­bebaskan haba dengan lebih baik daripada objek putih clan berkilat. Hipotesis diterima.

No comments: