Wednesday, June 29, 2011
Garfu Dalam Kari ?
Salah satu amalan masyarakat melayu apabila memasak makanan (contohnya gulai daging) ialah dengan memasukkan bahan berasaskan besi seperti sudu atau garfu ke dalam masakan supaya daging cepat empuk seterusnya memendekkan tempoh masa memasak. Untuk menguji seja uh manakah kebenaran amalan itu, secara saintifik satu kajian penyelidikan telah direkabentuk dan dilaksanakan di dalam makmal. Oleh itu, satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji tindakbalas besi terhadap haba.Sebanyak 3 eksperimen telah direkabentuk bagi melihat hasil tindakbalas bendasing terhadap peningkatan suhu pemanasan air suling dan larutan garam. Dalam eksperimen tersebut, bendasing utama yang digunakan ialah gulungan dawai besi dan pemberat besi menggunakan air suling tanpa bendasing. Hasil eksperimen ini menunjukkan bahawa tindakbalas besi terhadap peningkatan suhu adalah amat ketara. Eksperimen menggunakan gulungan dawai besi, menunjukkan suhu meningkat dengan cepat terhadap haba berbanding dengan menggunakan pemberat besi dan tanpa menggunakan bendasing.
Saturday, June 25, 2011
Earth Hour 2011
Earth Hour 2011, memberikan pengalaman yang berguna untuk anak-anak yang masih di bangku sekolah. Mana tidaknya, pengalaman menggunakan lilin sebagai sumber cahaya merupakan pengalaman baru bagi anak-anak saya.
Mereka mula bertanyakan tentang kaadaan di ketika elektrik tidak digunakan dengan meluas,apa yang boleh dilakukan.
Pada mereka elektrik adalah segala-galanya tanpa elektrik hidup menjadi kosong. Mampukah kita mensimulasikan kehidupan tanpa elektrik yang sebenar kepada generasi baru?
Thursday, June 23, 2011
Ralat
1 Erti
Tidak ada pengukuran fizikal yang tepat,pengukuran adalah semata-mata anggaran.
Ini ialah kerana pengukuran fizikal melibatkan pembacaan beberapa skala semasa pengukuran dilakukan, anggaran selalunya dibuat terhadap digit yang akhir pada bacaan skala tersebut. Oleh itu, ia tidak pasti atau tidak tentu. Walaupun pada kebiasaannya ini dilakukan, digit yang tidak tentu ini perlu dicatatkan bersama-sama dengan angka yang berikutnya kerana ianya memberikan maklumat yang bermakna mengenai kuantiti yang sedang diukur.

Wednesday, June 22, 2011
Awan Oh Awan
Kuala Krai (U 5° 19’ 40.00” T 102° 19’ 0.00” Altitud 61m)16 Jun 2011.
Mengikut maklumat yang dibaca dari artikel yang di hebahkan di dalam surat khabar Berita Harian (14 Jun 2011). Gerhana dijangka akan kelihatan di langit Malaysia mulai sekitar jam 1.00 pagi sehingga 5.44 pagi pada 16 Jun 2011.

Subscribe to:
Posts (Atom)